Wednesday 17 December 2014

Vitamin E bukan untuk CANTIK jer!!

Assalamualaikum wbt.,

Selamat Pagi semua...

Hari ni Jane nak kongsi KEBAIKKAN Vitamin E bukan sahaja untuk kulit tapi baik untuk JANTUNG anda.Sebelum kita tahu fungsi Vitamin E untuk jantung, jom kita tahu serba sedikit info tentang jantung yang kita sayangi..SAYANG TAK JANTUNG KITA???...


JANTUNG KITA





Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dicegah, dirawat dan dielakkan. Jantung adalah organ yang terdapat di dalam badan kita. Ia dibina dari otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya. Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit. Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol.

Jika saluran darah menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Ini akan mengakibatkan berlakunya sakit dada. Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari jantung anda akan rosak mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat. Keadaan ini dikenali sebagai sakit jantung. 

Di antara tanda-tanda sakit jantung ialah: 
a) pesakit akan berasa sesak nafas
b) berdebar
c) letih lesu
d) berpeluh dingin
e) rasa pitam
f) pengsan 

Apakah faktor-faktor yang memungkinkan sakit jantung? 

a) Merokok menambah kemungkinan anda mengalami sakit jantung sebanyak tiga hingga enam kali. Di antara kesan asap rokok ialah pertama, pembekuan darah. Kedua, pemendapan lemak di dinding saluran darah dan ketiga, mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

b) Tekanan perasaan juga boleh mengakibatkan anda mengalami degupan jantung yang meningkat dan tekanan darah juga turut meningkat. Keadaan ini akan mengakibatkan seseorang itu mengalami sakit jantung. 

c) Kandungan lemak yang tinggi dalam badan juga akan mempertingkat risiko kepada penyakit jantung. Seseorang yang kurang menjalani aktiviti fizikal atau bersenam akan meningkatkan risiko sakit jantung. Senaman adalah penting bagi menguatkan otot, dan membaiki pengaliran darah ke jantung. 

d) Penyakit darah tinggi juga akan mengakibatkan sakit jantung. Penyempitan saluran darah akibat dari darah tinggi akan menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat. Akibatnya saluran darah akan menjadi lebih tebal dan ini akan menyukarkan saliran darah ke seluruh tubuh badan. Oleh itu, lebih tinggi tekanan darah maka akan lebih besarlah risiko serangan jantung.

e) Kesan daripada saluran darah menjadi lebih tebal juga akan mengakibatkan seseorang itu berisiko untuk menghidap diabetes. Mereka yang menghidap diabetes mempunyai dua hingga tiga kali kemungkinan serangan sakit jantung. 

f) Seseorang yang berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan adalah berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung. 

g) Seseorang yang mempunyai keturunan yang menghidapi penyakit jantung juga berisiko tinggi untuk turut sama menghidapinya. 

Penyakit jantung yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan timbunan lemak yang berterusan pada bahagian dalam saluran darah dan menghalang bekalan darah ke otot jantung dan boleh menyebabkan kematian secara mengejut. 

Langkah-langkah kawalan adalah perlu bagi mengelakkan komplikasi penyakit jantung. Ia boleh dilakukan dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Kawal pemakanan anda. Kurangkan makanan yang mengandungi kolesterol, berminyak dan berlemak serta elakkan memakan makanan yang terlalu manis dan masin.

kredit : http://www.infosihat.gov.my

BAGAIMANA VITAMIN E MEMBANTU JANTUNG ANDA KEKAL SIHAT


Vitamin E Shaklee diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta ). Ia adalah vitamin E yang paling lengkapdi pasaran. Mengandungi 10mg Selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Selain itu, ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Pengambilan harian 800IU Vitamin E untuk jantung yang sihat mampu:

i) melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid
ii) meningkatkan kolesterol HDL
iii) mengurangkan tekanan darah
iv) menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri
v) menghalang hemolitik

Ha..panjang lebar pula entri kali ni kan..moga ia manfaat untuk semua..

So, Vitamin E ni bukan saja untuk kecantikkan wajah malah macam2 kebaikkan untuk anda.

Selain vitamin E untuk jantung ada lagi suplemen yang membantu jantung anda kekal sihat seperti OMEGA GUARD, CO-Q HEALTH, VIVIX dan PHYTOCOL-ST



Ok..jom sama-sama kita jaga JANTUNG kita... :)

Psst..bulan ni PROMO VITAMIN E tau..

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi ;

JANNAH
Sms/whatsapp: 013-4685025
Pengedar sah shaklee ID : 934645

COD : KEPALA BATAS, P.PINANG & PENGHANTARAN VIA POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






Tuesday 16 December 2014

JUALAN LELONG AKHIR TAHUN 2014: SERENDAH RM8 SAHAJA!!

Assalamualaikum wbt

Semua sihat-sihat kan? Petang-petang ni Jane nak bg peluang kat semua untuk rebut dapatkan Tudung Bawal dan Selendang Pashmina dengan lebih HARGA RENDAH sempena JUALAN LELONG AKHIR TAHUN 2014..

Semua 'detail' dan gambar boleh tengok di bawah ye.

TUDUNG BAWAL CORAK

Bidang : 45

Harga Biasa : RM 10

Harga Jualan Lelong : RM 8 Sehelai... JIMAT RM 2

Postage : RM 6 SS / RM 10 SS

* Tudung yang bertanda 'X' sudah kehabisan stok








SELENDANG PASHMINA

Saiz : 172 cm X 70 cm

Berkualiti dan tebal


Harga Biasa : RM 25


Harga Jualan Lelong : RM 15 Sehelai... JIMAT RM 10

Postage : RM 6 SS / RM 10 SS






Tawaran 'FREE POSTAGE'  untuk pembelian:

Tudung Bawal Corak : 4 helai

Selendang Pashmina : 3 helai

Jangan lepaskan peluang JUALAN LELONG AKHIR 2014 ye..:)


Untuk tempahan sila nyatakan kod tudung atau pashmina dan

boleh berhubung melalui :


JANNAH
Sms/whatsapp: 013-4685025
Email: jannahcollections@gmail.com


HAPPY SHOPPING



Wednesday 10 December 2014

LAGI PROMOSI BULAN DISEMBER NI!!

Assalamualaikum wbt....

Selamat malam semua...uolls buat apa tu?

Ha..Jane nak bagitau berita tergempaq bak kt org utara la...hehe..

Haritu Jane dah 'upadate' kan pasal promosi bulan ni tapi ada lagi PROMOSI GEMPAK untuk semua gojes-gojes kt luar sana..

Pihak Shaklee ada tambah 1 lagi produk untuk promo bulan ni..PROMOSI 'TRIPLE' tau...

[Atas sebab garis panduan proses pendaftaran yang baharu dikenakan oleh kerajaan Malaysia, Collagen akan diberhentikan penjualan buat sementara waktu bermula 1 Januari. Ini bermakna anda ada masa sehingga 31 Disember untuk membeli produk ini.
Oleh kerana tempoh pendaftaran permohonan lesen produk yang baru akan mengambil masa 9 - 12 bulan, pihak Shaklee berbesar hati memberikan kepada anda PROMOSI beli 3 percuma 1
Segera dapatkan stok anda kerana penjualan akan dihentikan bermula Januari 2015 : SHAKLEE ]

Makin CANTIK & MENGANCAM la uolls..hehe..

Produk pa yang MELETOP sangat tu..

Ha ni la..



Jom tengok serba sikit  ASAL USUL COLLAGEN POWDER ni..

COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Collagen powder dicipta dalam bentuk serbuk dan larut dengan cepat. Dihasilkan daripada 7 ramuan utama termasuk collagen Ikan Merah,ekstrak biji Camelia Japonica,ekstrak Pfaffia, ekstrak Kekerang, Lactobaccilus Acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan collagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

Fungsi Ramuan Utama;

1) Collagen dari sisik Ikan Merah
  • Sisik ikan merah adalah sumber collagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan collagen haiwan
2) Ekstrak biji Camellia Japonica
  • Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.
3) Ekstrak Pfaffia
  • Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica, membantu formasi collagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.
4) Elastin dari Collagen Ikan
  • Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Collagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bergabung dengan collagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal  dan elastik.
5) Vitamin C dan Vitamin B
  • Vitamin C menggalakkan  penghasilan collagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B turut serta  dalam metabolisma karbohidrat , lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan collagen dalam sel.
6) Ekstrak Kekerang
  • Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sistesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
7) Lactobacillus acidophilus
  • Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu bina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan collagen 
Ha...kalau akak-akak manis nak cantik mesti kn grab Collagen Powder..bukan luaran ja cantik..dalaman pun cantik juga tau...



Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi ;

JANNAH
Sms/whatsapp: 013-4685025
Pengedar sah shaklee ID : 934645

COD : KEPALA BATAS, P.PINANG & PENGHANTARAN VIA POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Wednesday 3 December 2014

SET KECANTIKKAN : TAWARAN TERHAD UNTUK 8 ORANG TERAWAL SAHAJA

Salam...

Selamat Petang semua...Jane nak 'offer' TAWARAN ISTIMEWA untuk uolls...jom tengok..


TAWARAN TERHAD UNTUK 8 ORANG TERAWAL SAHAJA
=====================================
Siapa mahukan SET KECANTIKKAN dengan HARGA ISTIMEWA sekarang?

SET KECANTIKKAN
=============

Mengandungi:
Vitamin E (120 biji)
--------------------
--> Menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit
--> Anti-oksidan yang kuat dengan menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas
--> Memperbaiki kesan parut pada wajah dan badan
--> Memberi keserian pada wajah

Vitamin C (180 biji)
----------------------
--> Membentuk kolagen dengan menegangkan kulit dan menghalang otot menjadi lembik
--> Mencerahkan kulit dan menyekat pembentukkan pigmen pada wajah
--> Melambatkan penuaan
--> Anti-oksidan semulajadi, dengan mengekalkan integriti sel

HARGA ASAL : RM 241.50



Inginkan harga LEBIH ISTIMEWA dan Hadiah Misteri? Sila komen 'SAYA NAK CANTIK' . Saya akan terus PM/SMS/EMAIL kepada anda. Terima kasih.


Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi ;

JANNAH
Sms/whatsapp: 013-4685025
Pengedar sah shaklee ID : 934645

COD : KEPALA BATAS, P.PINANG & PENGHANTARAN VIA POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Tuesday 2 December 2014

PROMOSI BERGANDA-GANDA BULAN DISEMBER 2014!!

Assalamualaikum wbt....

Selamat malam semua...pejam celik dah masuk bulan 12 kan..dah di penghujung 2014 kan.Cepat ja masa berlalu.

Malam ni Jane nak war-warkan PROMOSI SHAKLEE bulan ni...Sangat ISTIMEWA tau untuk uolls. Rugi tak rebut  beli buat stok untuk berbulan-bulan. 

Jom kita tengok promosi apa untuk bulan 12 ni..bulan ni Shaklee buat promo  berganda untuk 2 produk sekaligus;


i)  Vitamin E ( Vita-E Complex) 



Beli 6 PERCUMA 1 

Beli 2 JIMAT 5% 

1 Botol = RM 149 

Kandungan = 120 biji sebotol


ii) Vitamin C ( Sustained Released Vita-C 500mg)



Beli 6 PERCUMA 1

Beli 2 JIMAT 5%

1 Botol = RM 92.50

Kandungan = 180 biji sebotol


MENARIK KANNN!!!

Haa...tunggu apa lagi jom rebut peluang ni...

Sapa nak 

CANTIK!

CERAH!

GEBU!

Gabungan Vita-E dan Vita- C memang AWESOME!!




Jangan lepaskan TAWARAN ni ye..






Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi ;

JANNAH
Sms/whatsapp: 013-4685025
Pengedar sah shaklee ID : 934645

COD : KEPALA BATAS, P.PINANG & PENGHANTARAN VIA POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Friday 28 November 2014

Masalah Gemuk BUKAN Hanya Kerana Banyak Makan

Salam,

Dalam entri ni Jane nak kongsi apa faktor yang menyebabkan masalah kegemukan di kalangan kita. Makan banyak atau kurang bersenam adalah salah satu faktor kegemukan namun faktor-faktor dibawah ini juga menyumbang kearah kenaikan berat badan anda. Jom sama-sama hayati..:)




1) KEMURUNGAN

Ada bukti bahawa kemurungan berkait dengan kenaikan berat badan. Satu kajian tahun 2010 yang dipaparkan dalam American Journal of Public Health bahawa orang yang merasa sedih dan kesepian lebih cepat naik berat badan nya daripada yang merasa gembira dengan kehidupannya. Apalagi, pengambilan ubat anti kemurungan mampu menyebabkan kenaikan berat badan.

2) KESAN SAMPINGAN UBAT

Ada beberapa ubat yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan seperti pil perancang kehamilan, kelebihan hormon kerani terapi hormon, steroid, beta-blocker untuk penyakit jantung dan tekanan darah, ubat anti kejang, ubat kanser payudara seperti tamoxifen dan beberapa ubat rawatan untuk rheumatoid arthritis serta ubat migrain dan nyeri ulu hati.

3) PERCERNAAN LAMBAT

Gangguan percernaan seperti lambat buang air besar merupakan faktor kenaikan berat badan. Idealnya, selepas 1 jam makan pembuangan air besar harus terjadi. Buang air besar 1 atau 2 kali sehari masih dikira sihat. Tapi jika pembuangan tidak teratur, dehidrasi dan kurang serat dalam usus boleh membuatkan tubuh anda cepat gemuk. Banyakkan minum air putih setiap hari.

4) KURANG NUTRISI

Kekurangan vitamin D, magnesium atau zat besi dapat menganggu sistem kekebalan, kurang bertenaga atau menganggu metabolisme. Akibatnya, terjadi kenaikan berat badan. Kekurangan energi dapat dibantu dengan mengambil kafein, manisan dan karbohidrat sederhana

5) PENUAAN

Faktor ini kita tak dapat dihindari. Seiringi pertambhan usia kita, metabolisme tubuh semakin menurun. Golongan berusia lambat dalam proses pembakaran kalori di bandingakn dengan usia muda. Oleh itu, mereka perlu banyak bersenam dan menjaga nutrisi agar dapat 'maintain' kadar metabolisme tubuh anda.

6) MENGIDAP FASCIITIS PLANTAR

Penyakit otot dan tulang seperti Fasciitis Plantar, Osteoarthritis dan nyeri lutut atau pinggul boleh menyebabkan kenaikkan berat badan tanpa disedari. Ini kerana penyakit ini kurang dapat melakukan banyak aktiviti untuk menjaga tubuh anda. 

7) MENGIDAP SINDROM CUSHING

Berat badan disertai dengan dengan tekanan darah tinggi, osteoporosis, perubahan warna dan kualitas kulit seperti bekas ungu atau keperkkan pada perut dan kemerahan pipi menjadi tanda bahawa badan tidak memproses nutrisi secara tepat atau disebut sindrom Cushing. Sindrom ini menyerang 15 juta orang dewasa setiap tahun. Salah satu tanda-tandanya ialah lemak yang banyak terkumpul di bahagian tengah tubuh menyebabkan lengan dan kaki kelihatan ramping.

#SUMBER MINGGUAN WANITA 

Satu faktor lagi Jane rasa nak tambah ialah..

8) GAYA HIDUP 

Faktor ini juga menyumbang kepada masalah kegemukkan. Perhatikan cara pemakanan kita yang lebih gemarkan makanan segera, tekanan di tempat kerja dan kehidupan sosial yang kita jalani setiap hari. Sekiranya kita tidak amalkan cara hidup yang sihat.Faktor-faktor inilah yang membantu menaikkan berat badan kita.

Dalam produk Shaklee ada menyediakan Program Penurunan BERAT BADAN untuk anda dengan cara HALAL, SELAMAT, SEMULAJADI dan BERPATUTAN..



SET KURUS PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN  SHAKLEE

Bagaimana pun berat badan kita, amalkan cara hidup yang sihat ye kawan-kawan..


Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi ;

JANNAH
Sms/whatsapp: 013-4685025
Pengedar sah shaklee ID : 934645

COD : KEPALA BATAS, P.PINANG & PENGHANTARAN VIA POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday 16 November 2014

SHORT VACATION : CAMERON HIGHLAND

Salam,

Saja nak share percutian pendek famili kami...erm..sebenarnya dah lama tak bercuti bersama famili ni..Bila plan ja asyik tak jadi plak..so kami redah jela...hehe
Kali ni kami memilih nak bercuti ke Cameron Highland (CH)..lama dah tak pergi sana..kali terakhir pergi sana masa honeymoon aritu..hampir 4 tahun berlalu..lama kn..hehe..

Memandangkan Amzar, anak sulung Jane dah besar..ok la bw dia jalan2 kn..kesian kat dia jarang bawa pergi bercuti..huhu..sori anak ummi..asal nk bercuti ja ada ja halangan...

So, kembali ke percutian kami..hotel dah siap tempah 1 minggu lebih awal kot2 xda plak kn..tak pasal tido dlm kereta..hehe.. tapi benda tak disangka terjadi selepas beberapa hari, keluar berita CH dilanda banjir lumpur dan tanah runtuh...huhu..dah tak sedap hati..takkan kena batalkan percutiaan ni plak..erm..kami laki bini dah berbelah bagi..nak pergi atau tak..

Lega skit bila berita khabarkan hanya kawasan Lembah Bertam dan Ringlet ja terjadi bencana tersebut..En.Hubby call hotel untuk pastikan selamatkah pergi ke sana? Tuan punya hotel maklumkan jalan ke sana selamat..Lega dan yakin skit..


Apalagi..kami ambil keputusan redah ja percutiaan ni..bila lagi nak bercuti kan..so,

08/11/2014 - Jane bersama anak memulakan perjalanan dari Kepala Batas (KB) ke Taiping untuk bertemu En.Hubby disana, oh.. suami Jane bekerja di Taiping..hanya hujung minggu akan pulang ke KB...Hubungan jarak jauh la ni..Ewahhh..hehe..so, lepas 1 jam sampai la di Taiping..Tunggu suami habis kerja baru kami bertolak ke CH..melalui jalan Simpang Pulai.


Hampir pukul 8 malam baru kami sampai di CH...kami menetap di Hotel Lagenda Inn..daerah Brinchang..Ok la hotel ni...sekadar nak lelap mata kan..dekat ja dengan Pasar Malam Brinchang tu..jalan kaki ja dari hotel...




Gambar ehsan dari google

Mula sampai ingatkan orang tak ramai..sebab bukan cuti sekolah lg..mak oiii...orang ramai serupa tu gak...hehe..kesimpulannya memang kena pergi masa weekday ja kan..lepas check in, .kebulur nasi sangat kami makan kat Restoran Naimah..not bad tak mahal sangat..sedap tu biasa je la..perut dah kenyang jom ronda-ronda pasar malam Brinchang sambil jamu mata..beli cendawan goreng, jagung bakar & air nyior laut...ok 1st time rasa air kelapa laut..rasa macam air longan pun ada...nak beli benda lain tak berkenan pun..terus balik hotel..makan dan mandi..apalagi tido la..

sambung esok plak jalan-jalan....


09/11/2014 - Tunggu hero comel bangun tido kul 9 baru buka mata tu pun puas kejut maklum la semalam buat perangai tak mau tido..agaknya berubah tempat kot...tahan sejuk plak tu..bukan nak selimut pun..ummi abi yg over sejuk..hehe..


ok, dah siap2, sarapan dalam bilik ja..kami terus ke destinasi pertama iaitu Taman Agro Teknologi MARDI, Tanah Rata..Ramai gak pengunjung kat sini..Tiket masuk dewasa RM 3 seorang..kanak-kanak si Amzar tu free ja masuk.. Erm..pada pendapat Jane takde apa yg menarik sangat kat Taman Agro ni..mungkin bukan musim bunga berkembang pesat lg kot..buah strawberi pun masih hijau...lebih kurang 1 jam kat sana..pusing2 tengok apa yg patut kami pun beredar ke destinasi berikutnya..Ni antara gambar yang sempat ambil kat Taman Agro..










Kami kembali ke Brinchang, angan-angan nak singgah Big Red Strawberry Farm, memang angan-angan tinggal kenangan la..tak kesampaian nk singgah almaklum lah tempat parking penuh...orang macam pesta..tak sanggup nak parking jauh2..nk usung perut yang memboyot ni..hehe.. so, al kisahnya kami tak jadi singgah dan meneruskan perjalanan ke pasar pagi atau pasar tani yang memang femes tu. berdekatan dengan Hotel Equatorial. hajatnya memang nak shopping kt sini la..pusing2 punya parking mmg penuh..aduh..macam mana ni..


Lastly hubby drop kami dulu sementara dia cari parking luar. Bersama Amzar agak  susah la kalau nak beli barang banyak2 kan...sementara tunggu hubby kami jamu mata dulu...syoknya tgk sayur segar2, buah strawberi merah2 jelita kau, jagung gemuk2..haa..macam2 lagi la..dok list nak borong semua ni..hehe..

Tup-tup hubby call bgtau parking memang xda. Dia tunggu tepi jalan besar yg di kawal oleh polis trafik. Memang tak boleh turun dari kereta la. Aduh, punah harapan ku..huhu.. Apa boleh buat Jane dengan pantasnya hanya sempat merembat jagung dan strawberi ja..nk usung2 banyak mcm mn sebelah dukung Amzar, sebelah lg bw jagung yg boleh tahan berat juga la..berlalulah dari pasar tani dgn perasaan hampa sikit..sikit ja pun.. 

Kami meneruskan perjalanan ke Bee Farm hanya beberapa minit dari pasar pagi tadi. Singgah sekejap ja..lepastu kami terus ke Sungai Palas Tea Plantation, jalan masuknya berhadapan dengan Bee Farm, jalannya agak berliku dan sempit. Tambahan pula ada kawasan yg tanah runtuh menyebabkan jalan menjadi sempit dan becak..agak berbahaya skit..kami teruskan juga..dari jalan lagi dah nampak keindahan ciptaan Allah swt..memang sangat cantik ladang teh ni..luas dan sejuk mata memadang..Subhanallah..Antara gambar di ladang teh..





Sesudah mengharungi jalan berliku kami pun sampai kat Platform Ladang Teh ni..seperti biasa orang berduyun macam pesta atas bukit gitu, singgah jap minum teh, cuba rasa tart strawberi...ok la not bad. Dalam 1 jam mcm tu beristirehat kat sana, sebelum bertolak balik tak lupa borong Boh teh yg macam2 perasa tu. Ambil gambar skit2..kami teruskan perjalanan, dok ligan nak keluar sebelum pukul 3 ptg, maklum la petang ja mesti hujan..dok pikir keselamatan sama..tu yang kalut nk keluar awal. 

Sesudah melawat ladang teh kami dok pikir nak pergi ke mana lg ye, mcm xda menarik dah. Amzar masuk je dlm kereta terus tido, penat gamaknya. Jane teringat ada 1 tempat lagi, Lavender Garden, Daerah Tringkap hajatnya nak singgahlah sekejap tapi memandangkan Amzar tido..terpaksalah ambil keputusan tak berhenti. Bukan apa, si hero tu kalau dikejut bangun memang akan buat perangai la..tido tak puas kan..so, persinggahan kami pun setakat ni je la..hampir pukul 2 petang kami pun bergerak pulang meninggalkan Cameron Highland.

Ni lah percutian pendek famili kami. Happy bercuti bersama keluarga walaupun singkat. Insya ALLAH, ada kesempatan boleh datang lg ke sini.

Wah, panjang benar entri kali ni..tengah rajin katakan...hehe..ok lah jumpa lagi..

Salam Sayang,
Jane