Friday 28 November 2014

Masalah Gemuk BUKAN Hanya Kerana Banyak Makan

Salam,

Dalam entri ni Jane nak kongsi apa faktor yang menyebabkan masalah kegemukan di kalangan kita. Makan banyak atau kurang bersenam adalah salah satu faktor kegemukan namun faktor-faktor dibawah ini juga menyumbang kearah kenaikan berat badan anda. Jom sama-sama hayati..:)




1) KEMURUNGAN

Ada bukti bahawa kemurungan berkait dengan kenaikan berat badan. Satu kajian tahun 2010 yang dipaparkan dalam American Journal of Public Health bahawa orang yang merasa sedih dan kesepian lebih cepat naik berat badan nya daripada yang merasa gembira dengan kehidupannya. Apalagi, pengambilan ubat anti kemurungan mampu menyebabkan kenaikan berat badan.

2) KESAN SAMPINGAN UBAT

Ada beberapa ubat yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan seperti pil perancang kehamilan, kelebihan hormon kerani terapi hormon, steroid, beta-blocker untuk penyakit jantung dan tekanan darah, ubat anti kejang, ubat kanser payudara seperti tamoxifen dan beberapa ubat rawatan untuk rheumatoid arthritis serta ubat migrain dan nyeri ulu hati.

3) PERCERNAAN LAMBAT

Gangguan percernaan seperti lambat buang air besar merupakan faktor kenaikan berat badan. Idealnya, selepas 1 jam makan pembuangan air besar harus terjadi. Buang air besar 1 atau 2 kali sehari masih dikira sihat. Tapi jika pembuangan tidak teratur, dehidrasi dan kurang serat dalam usus boleh membuatkan tubuh anda cepat gemuk. Banyakkan minum air putih setiap hari.

4) KURANG NUTRISI

Kekurangan vitamin D, magnesium atau zat besi dapat menganggu sistem kekebalan, kurang bertenaga atau menganggu metabolisme. Akibatnya, terjadi kenaikan berat badan. Kekurangan energi dapat dibantu dengan mengambil kafein, manisan dan karbohidrat sederhana

5) PENUAAN

Faktor ini kita tak dapat dihindari. Seiringi pertambhan usia kita, metabolisme tubuh semakin menurun. Golongan berusia lambat dalam proses pembakaran kalori di bandingakn dengan usia muda. Oleh itu, mereka perlu banyak bersenam dan menjaga nutrisi agar dapat 'maintain' kadar metabolisme tubuh anda.

6) MENGIDAP FASCIITIS PLANTAR

Penyakit otot dan tulang seperti Fasciitis Plantar, Osteoarthritis dan nyeri lutut atau pinggul boleh menyebabkan kenaikkan berat badan tanpa disedari. Ini kerana penyakit ini kurang dapat melakukan banyak aktiviti untuk menjaga tubuh anda. 

7) MENGIDAP SINDROM CUSHING

Berat badan disertai dengan dengan tekanan darah tinggi, osteoporosis, perubahan warna dan kualitas kulit seperti bekas ungu atau keperkkan pada perut dan kemerahan pipi menjadi tanda bahawa badan tidak memproses nutrisi secara tepat atau disebut sindrom Cushing. Sindrom ini menyerang 15 juta orang dewasa setiap tahun. Salah satu tanda-tandanya ialah lemak yang banyak terkumpul di bahagian tengah tubuh menyebabkan lengan dan kaki kelihatan ramping.

#SUMBER MINGGUAN WANITA 

Satu faktor lagi Jane rasa nak tambah ialah..

8) GAYA HIDUP 

Faktor ini juga menyumbang kepada masalah kegemukkan. Perhatikan cara pemakanan kita yang lebih gemarkan makanan segera, tekanan di tempat kerja dan kehidupan sosial yang kita jalani setiap hari. Sekiranya kita tidak amalkan cara hidup yang sihat.Faktor-faktor inilah yang membantu menaikkan berat badan kita.

Dalam produk Shaklee ada menyediakan Program Penurunan BERAT BADAN untuk anda dengan cara HALAL, SELAMAT, SEMULAJADI dan BERPATUTAN..



SET KURUS PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN  SHAKLEE

Bagaimana pun berat badan kita, amalkan cara hidup yang sihat ye kawan-kawan..


Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi ;

JANNAH
Sms/whatsapp: 013-4685025
Pengedar sah shaklee ID : 934645

COD : KEPALA BATAS, P.PINANG & PENGHANTARAN VIA POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments: