Sunday 16 November 2014

SHORT VACATION : CAMERON HIGHLAND

Salam,

Saja nak share percutian pendek famili kami...erm..sebenarnya dah lama tak bercuti bersama famili ni..Bila plan ja asyik tak jadi plak..so kami redah jela...hehe
Kali ni kami memilih nak bercuti ke Cameron Highland (CH)..lama dah tak pergi sana..kali terakhir pergi sana masa honeymoon aritu..hampir 4 tahun berlalu..lama kn..hehe..

Memandangkan Amzar, anak sulung Jane dah besar..ok la bw dia jalan2 kn..kesian kat dia jarang bawa pergi bercuti..huhu..sori anak ummi..asal nk bercuti ja ada ja halangan...

So, kembali ke percutian kami..hotel dah siap tempah 1 minggu lebih awal kot2 xda plak kn..tak pasal tido dlm kereta..hehe.. tapi benda tak disangka terjadi selepas beberapa hari, keluar berita CH dilanda banjir lumpur dan tanah runtuh...huhu..dah tak sedap hati..takkan kena batalkan percutiaan ni plak..erm..kami laki bini dah berbelah bagi..nak pergi atau tak..

Lega skit bila berita khabarkan hanya kawasan Lembah Bertam dan Ringlet ja terjadi bencana tersebut..En.Hubby call hotel untuk pastikan selamatkah pergi ke sana? Tuan punya hotel maklumkan jalan ke sana selamat..Lega dan yakin skit..


Apalagi..kami ambil keputusan redah ja percutiaan ni..bila lagi nak bercuti kan..so,

08/11/2014 - Jane bersama anak memulakan perjalanan dari Kepala Batas (KB) ke Taiping untuk bertemu En.Hubby disana, oh.. suami Jane bekerja di Taiping..hanya hujung minggu akan pulang ke KB...Hubungan jarak jauh la ni..Ewahhh..hehe..so, lepas 1 jam sampai la di Taiping..Tunggu suami habis kerja baru kami bertolak ke CH..melalui jalan Simpang Pulai.


Hampir pukul 8 malam baru kami sampai di CH...kami menetap di Hotel Lagenda Inn..daerah Brinchang..Ok la hotel ni...sekadar nak lelap mata kan..dekat ja dengan Pasar Malam Brinchang tu..jalan kaki ja dari hotel...




Gambar ehsan dari google

Mula sampai ingatkan orang tak ramai..sebab bukan cuti sekolah lg..mak oiii...orang ramai serupa tu gak...hehe..kesimpulannya memang kena pergi masa weekday ja kan..lepas check in, .kebulur nasi sangat kami makan kat Restoran Naimah..not bad tak mahal sangat..sedap tu biasa je la..perut dah kenyang jom ronda-ronda pasar malam Brinchang sambil jamu mata..beli cendawan goreng, jagung bakar & air nyior laut...ok 1st time rasa air kelapa laut..rasa macam air longan pun ada...nak beli benda lain tak berkenan pun..terus balik hotel..makan dan mandi..apalagi tido la..

sambung esok plak jalan-jalan....


09/11/2014 - Tunggu hero comel bangun tido kul 9 baru buka mata tu pun puas kejut maklum la semalam buat perangai tak mau tido..agaknya berubah tempat kot...tahan sejuk plak tu..bukan nak selimut pun..ummi abi yg over sejuk..hehe..


ok, dah siap2, sarapan dalam bilik ja..kami terus ke destinasi pertama iaitu Taman Agro Teknologi MARDI, Tanah Rata..Ramai gak pengunjung kat sini..Tiket masuk dewasa RM 3 seorang..kanak-kanak si Amzar tu free ja masuk.. Erm..pada pendapat Jane takde apa yg menarik sangat kat Taman Agro ni..mungkin bukan musim bunga berkembang pesat lg kot..buah strawberi pun masih hijau...lebih kurang 1 jam kat sana..pusing2 tengok apa yg patut kami pun beredar ke destinasi berikutnya..Ni antara gambar yang sempat ambil kat Taman Agro..










Kami kembali ke Brinchang, angan-angan nak singgah Big Red Strawberry Farm, memang angan-angan tinggal kenangan la..tak kesampaian nk singgah almaklum lah tempat parking penuh...orang macam pesta..tak sanggup nak parking jauh2..nk usung perut yang memboyot ni..hehe.. so, al kisahnya kami tak jadi singgah dan meneruskan perjalanan ke pasar pagi atau pasar tani yang memang femes tu. berdekatan dengan Hotel Equatorial. hajatnya memang nak shopping kt sini la..pusing2 punya parking mmg penuh..aduh..macam mana ni..


Lastly hubby drop kami dulu sementara dia cari parking luar. Bersama Amzar agak  susah la kalau nak beli barang banyak2 kan...sementara tunggu hubby kami jamu mata dulu...syoknya tgk sayur segar2, buah strawberi merah2 jelita kau, jagung gemuk2..haa..macam2 lagi la..dok list nak borong semua ni..hehe..

Tup-tup hubby call bgtau parking memang xda. Dia tunggu tepi jalan besar yg di kawal oleh polis trafik. Memang tak boleh turun dari kereta la. Aduh, punah harapan ku..huhu.. Apa boleh buat Jane dengan pantasnya hanya sempat merembat jagung dan strawberi ja..nk usung2 banyak mcm mn sebelah dukung Amzar, sebelah lg bw jagung yg boleh tahan berat juga la..berlalulah dari pasar tani dgn perasaan hampa sikit..sikit ja pun.. 

Kami meneruskan perjalanan ke Bee Farm hanya beberapa minit dari pasar pagi tadi. Singgah sekejap ja..lepastu kami terus ke Sungai Palas Tea Plantation, jalan masuknya berhadapan dengan Bee Farm, jalannya agak berliku dan sempit. Tambahan pula ada kawasan yg tanah runtuh menyebabkan jalan menjadi sempit dan becak..agak berbahaya skit..kami teruskan juga..dari jalan lagi dah nampak keindahan ciptaan Allah swt..memang sangat cantik ladang teh ni..luas dan sejuk mata memadang..Subhanallah..Antara gambar di ladang teh..





Sesudah mengharungi jalan berliku kami pun sampai kat Platform Ladang Teh ni..seperti biasa orang berduyun macam pesta atas bukit gitu, singgah jap minum teh, cuba rasa tart strawberi...ok la not bad. Dalam 1 jam mcm tu beristirehat kat sana, sebelum bertolak balik tak lupa borong Boh teh yg macam2 perasa tu. Ambil gambar skit2..kami teruskan perjalanan, dok ligan nak keluar sebelum pukul 3 ptg, maklum la petang ja mesti hujan..dok pikir keselamatan sama..tu yang kalut nk keluar awal. 

Sesudah melawat ladang teh kami dok pikir nak pergi ke mana lg ye, mcm xda menarik dah. Amzar masuk je dlm kereta terus tido, penat gamaknya. Jane teringat ada 1 tempat lagi, Lavender Garden, Daerah Tringkap hajatnya nak singgahlah sekejap tapi memandangkan Amzar tido..terpaksalah ambil keputusan tak berhenti. Bukan apa, si hero tu kalau dikejut bangun memang akan buat perangai la..tido tak puas kan..so, persinggahan kami pun setakat ni je la..hampir pukul 2 petang kami pun bergerak pulang meninggalkan Cameron Highland.

Ni lah percutian pendek famili kami. Happy bercuti bersama keluarga walaupun singkat. Insya ALLAH, ada kesempatan boleh datang lg ke sini.

Wah, panjang benar entri kali ni..tengah rajin katakan...hehe..ok lah jumpa lagi..

Salam Sayang,
Jane






No comments: