Wednesday 17 December 2014

Vitamin E bukan untuk CANTIK jer!!

Assalamualaikum wbt.,

Selamat Pagi semua...

Hari ni Jane nak kongsi KEBAIKKAN Vitamin E bukan sahaja untuk kulit tapi baik untuk JANTUNG anda.Sebelum kita tahu fungsi Vitamin E untuk jantung, jom kita tahu serba sedikit info tentang jantung yang kita sayangi..SAYANG TAK JANTUNG KITA???...


JANTUNG KITA





Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dicegah, dirawat dan dielakkan. Jantung adalah organ yang terdapat di dalam badan kita. Ia dibina dari otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya. Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit. Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol.

Jika saluran darah menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Ini akan mengakibatkan berlakunya sakit dada. Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari jantung anda akan rosak mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat. Keadaan ini dikenali sebagai sakit jantung. 

Di antara tanda-tanda sakit jantung ialah: 
a) pesakit akan berasa sesak nafas
b) berdebar
c) letih lesu
d) berpeluh dingin
e) rasa pitam
f) pengsan 

Apakah faktor-faktor yang memungkinkan sakit jantung? 

a) Merokok menambah kemungkinan anda mengalami sakit jantung sebanyak tiga hingga enam kali. Di antara kesan asap rokok ialah pertama, pembekuan darah. Kedua, pemendapan lemak di dinding saluran darah dan ketiga, mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

b) Tekanan perasaan juga boleh mengakibatkan anda mengalami degupan jantung yang meningkat dan tekanan darah juga turut meningkat. Keadaan ini akan mengakibatkan seseorang itu mengalami sakit jantung. 

c) Kandungan lemak yang tinggi dalam badan juga akan mempertingkat risiko kepada penyakit jantung. Seseorang yang kurang menjalani aktiviti fizikal atau bersenam akan meningkatkan risiko sakit jantung. Senaman adalah penting bagi menguatkan otot, dan membaiki pengaliran darah ke jantung. 

d) Penyakit darah tinggi juga akan mengakibatkan sakit jantung. Penyempitan saluran darah akibat dari darah tinggi akan menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat. Akibatnya saluran darah akan menjadi lebih tebal dan ini akan menyukarkan saliran darah ke seluruh tubuh badan. Oleh itu, lebih tinggi tekanan darah maka akan lebih besarlah risiko serangan jantung.

e) Kesan daripada saluran darah menjadi lebih tebal juga akan mengakibatkan seseorang itu berisiko untuk menghidap diabetes. Mereka yang menghidap diabetes mempunyai dua hingga tiga kali kemungkinan serangan sakit jantung. 

f) Seseorang yang berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan adalah berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung. 

g) Seseorang yang mempunyai keturunan yang menghidapi penyakit jantung juga berisiko tinggi untuk turut sama menghidapinya. 

Penyakit jantung yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan timbunan lemak yang berterusan pada bahagian dalam saluran darah dan menghalang bekalan darah ke otot jantung dan boleh menyebabkan kematian secara mengejut. 

Langkah-langkah kawalan adalah perlu bagi mengelakkan komplikasi penyakit jantung. Ia boleh dilakukan dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Kawal pemakanan anda. Kurangkan makanan yang mengandungi kolesterol, berminyak dan berlemak serta elakkan memakan makanan yang terlalu manis dan masin.

kredit : http://www.infosihat.gov.my

BAGAIMANA VITAMIN E MEMBANTU JANTUNG ANDA KEKAL SIHAT


Vitamin E Shaklee diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta ). Ia adalah vitamin E yang paling lengkapdi pasaran. Mengandungi 10mg Selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Selain itu, ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Pengambilan harian 800IU Vitamin E untuk jantung yang sihat mampu:

i) melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid
ii) meningkatkan kolesterol HDL
iii) mengurangkan tekanan darah
iv) menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri
v) menghalang hemolitik

Ha..panjang lebar pula entri kali ni kan..moga ia manfaat untuk semua..

So, Vitamin E ni bukan saja untuk kecantikkan wajah malah macam2 kebaikkan untuk anda.

Selain vitamin E untuk jantung ada lagi suplemen yang membantu jantung anda kekal sihat seperti OMEGA GUARD, CO-Q HEALTH, VIVIX dan PHYTOCOL-ST



Ok..jom sama-sama kita jaga JANTUNG kita... :)

Psst..bulan ni PROMO VITAMIN E tau..

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi ;

JANNAH
Sms/whatsapp: 013-4685025
Pengedar sah shaklee ID : 934645

COD : KEPALA BATAS, P.PINANG & PENGHANTARAN VIA POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






No comments: