Friday 28 November 2014

Masalah Gemuk BUKAN Hanya Kerana Banyak Makan

Salam,

Dalam entri ni Jane nak kongsi apa faktor yang menyebabkan masalah kegemukan di kalangan kita. Makan banyak atau kurang bersenam adalah salah satu faktor kegemukan namun faktor-faktor dibawah ini juga menyumbang kearah kenaikan berat badan anda. Jom sama-sama hayati..:)




1) KEMURUNGAN

Ada bukti bahawa kemurungan berkait dengan kenaikan berat badan. Satu kajian tahun 2010 yang dipaparkan dalam American Journal of Public Health bahawa orang yang merasa sedih dan kesepian lebih cepat naik berat badan nya daripada yang merasa gembira dengan kehidupannya. Apalagi, pengambilan ubat anti kemurungan mampu menyebabkan kenaikan berat badan.

2) KESAN SAMPINGAN UBAT

Ada beberapa ubat yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan seperti pil perancang kehamilan, kelebihan hormon kerani terapi hormon, steroid, beta-blocker untuk penyakit jantung dan tekanan darah, ubat anti kejang, ubat kanser payudara seperti tamoxifen dan beberapa ubat rawatan untuk rheumatoid arthritis serta ubat migrain dan nyeri ulu hati.

3) PERCERNAAN LAMBAT

Gangguan percernaan seperti lambat buang air besar merupakan faktor kenaikan berat badan. Idealnya, selepas 1 jam makan pembuangan air besar harus terjadi. Buang air besar 1 atau 2 kali sehari masih dikira sihat. Tapi jika pembuangan tidak teratur, dehidrasi dan kurang serat dalam usus boleh membuatkan tubuh anda cepat gemuk. Banyakkan minum air putih setiap hari.

4) KURANG NUTRISI

Kekurangan vitamin D, magnesium atau zat besi dapat menganggu sistem kekebalan, kurang bertenaga atau menganggu metabolisme. Akibatnya, terjadi kenaikan berat badan. Kekurangan energi dapat dibantu dengan mengambil kafein, manisan dan karbohidrat sederhana

5) PENUAAN

Faktor ini kita tak dapat dihindari. Seiringi pertambhan usia kita, metabolisme tubuh semakin menurun. Golongan berusia lambat dalam proses pembakaran kalori di bandingakn dengan usia muda. Oleh itu, mereka perlu banyak bersenam dan menjaga nutrisi agar dapat 'maintain' kadar metabolisme tubuh anda.

6) MENGIDAP FASCIITIS PLANTAR

Penyakit otot dan tulang seperti Fasciitis Plantar, Osteoarthritis dan nyeri lutut atau pinggul boleh menyebabkan kenaikkan berat badan tanpa disedari. Ini kerana penyakit ini kurang dapat melakukan banyak aktiviti untuk menjaga tubuh anda. 

7) MENGIDAP SINDROM CUSHING

Berat badan disertai dengan dengan tekanan darah tinggi, osteoporosis, perubahan warna dan kualitas kulit seperti bekas ungu atau keperkkan pada perut dan kemerahan pipi menjadi tanda bahawa badan tidak memproses nutrisi secara tepat atau disebut sindrom Cushing. Sindrom ini menyerang 15 juta orang dewasa setiap tahun. Salah satu tanda-tandanya ialah lemak yang banyak terkumpul di bahagian tengah tubuh menyebabkan lengan dan kaki kelihatan ramping.

#SUMBER MINGGUAN WANITA 

Satu faktor lagi Jane rasa nak tambah ialah..

8) GAYA HIDUP 

Faktor ini juga menyumbang kepada masalah kegemukkan. Perhatikan cara pemakanan kita yang lebih gemarkan makanan segera, tekanan di tempat kerja dan kehidupan sosial yang kita jalani setiap hari. Sekiranya kita tidak amalkan cara hidup yang sihat.Faktor-faktor inilah yang membantu menaikkan berat badan kita.

Dalam produk Shaklee ada menyediakan Program Penurunan BERAT BADAN untuk anda dengan cara HALAL, SELAMAT, SEMULAJADI dan BERPATUTAN..



SET KURUS PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN  SHAKLEE

Bagaimana pun berat badan kita, amalkan cara hidup yang sihat ye kawan-kawan..


Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi ;

JANNAH
Sms/whatsapp: 013-4685025
Pengedar sah shaklee ID : 934645

COD : KEPALA BATAS, P.PINANG & PENGHANTARAN VIA POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday 16 November 2014

SHORT VACATION : CAMERON HIGHLAND

Salam,

Saja nak share percutian pendek famili kami...erm..sebenarnya dah lama tak bercuti bersama famili ni..Bila plan ja asyik tak jadi plak..so kami redah jela...hehe
Kali ni kami memilih nak bercuti ke Cameron Highland (CH)..lama dah tak pergi sana..kali terakhir pergi sana masa honeymoon aritu..hampir 4 tahun berlalu..lama kn..hehe..

Memandangkan Amzar, anak sulung Jane dah besar..ok la bw dia jalan2 kn..kesian kat dia jarang bawa pergi bercuti..huhu..sori anak ummi..asal nk bercuti ja ada ja halangan...

So, kembali ke percutian kami..hotel dah siap tempah 1 minggu lebih awal kot2 xda plak kn..tak pasal tido dlm kereta..hehe.. tapi benda tak disangka terjadi selepas beberapa hari, keluar berita CH dilanda banjir lumpur dan tanah runtuh...huhu..dah tak sedap hati..takkan kena batalkan percutiaan ni plak..erm..kami laki bini dah berbelah bagi..nak pergi atau tak..

Lega skit bila berita khabarkan hanya kawasan Lembah Bertam dan Ringlet ja terjadi bencana tersebut..En.Hubby call hotel untuk pastikan selamatkah pergi ke sana? Tuan punya hotel maklumkan jalan ke sana selamat..Lega dan yakin skit..


Apalagi..kami ambil keputusan redah ja percutiaan ni..bila lagi nak bercuti kan..so,

08/11/2014 - Jane bersama anak memulakan perjalanan dari Kepala Batas (KB) ke Taiping untuk bertemu En.Hubby disana, oh.. suami Jane bekerja di Taiping..hanya hujung minggu akan pulang ke KB...Hubungan jarak jauh la ni..Ewahhh..hehe..so, lepas 1 jam sampai la di Taiping..Tunggu suami habis kerja baru kami bertolak ke CH..melalui jalan Simpang Pulai.


Hampir pukul 8 malam baru kami sampai di CH...kami menetap di Hotel Lagenda Inn..daerah Brinchang..Ok la hotel ni...sekadar nak lelap mata kan..dekat ja dengan Pasar Malam Brinchang tu..jalan kaki ja dari hotel...




Gambar ehsan dari google

Mula sampai ingatkan orang tak ramai..sebab bukan cuti sekolah lg..mak oiii...orang ramai serupa tu gak...hehe..kesimpulannya memang kena pergi masa weekday ja kan..lepas check in, .kebulur nasi sangat kami makan kat Restoran Naimah..not bad tak mahal sangat..sedap tu biasa je la..perut dah kenyang jom ronda-ronda pasar malam Brinchang sambil jamu mata..beli cendawan goreng, jagung bakar & air nyior laut...ok 1st time rasa air kelapa laut..rasa macam air longan pun ada...nak beli benda lain tak berkenan pun..terus balik hotel..makan dan mandi..apalagi tido la..

sambung esok plak jalan-jalan....


09/11/2014 - Tunggu hero comel bangun tido kul 9 baru buka mata tu pun puas kejut maklum la semalam buat perangai tak mau tido..agaknya berubah tempat kot...tahan sejuk plak tu..bukan nak selimut pun..ummi abi yg over sejuk..hehe..


ok, dah siap2, sarapan dalam bilik ja..kami terus ke destinasi pertama iaitu Taman Agro Teknologi MARDI, Tanah Rata..Ramai gak pengunjung kat sini..Tiket masuk dewasa RM 3 seorang..kanak-kanak si Amzar tu free ja masuk.. Erm..pada pendapat Jane takde apa yg menarik sangat kat Taman Agro ni..mungkin bukan musim bunga berkembang pesat lg kot..buah strawberi pun masih hijau...lebih kurang 1 jam kat sana..pusing2 tengok apa yg patut kami pun beredar ke destinasi berikutnya..Ni antara gambar yang sempat ambil kat Taman Agro..










Kami kembali ke Brinchang, angan-angan nak singgah Big Red Strawberry Farm, memang angan-angan tinggal kenangan la..tak kesampaian nk singgah almaklum lah tempat parking penuh...orang macam pesta..tak sanggup nak parking jauh2..nk usung perut yang memboyot ni..hehe.. so, al kisahnya kami tak jadi singgah dan meneruskan perjalanan ke pasar pagi atau pasar tani yang memang femes tu. berdekatan dengan Hotel Equatorial. hajatnya memang nak shopping kt sini la..pusing2 punya parking mmg penuh..aduh..macam mana ni..


Lastly hubby drop kami dulu sementara dia cari parking luar. Bersama Amzar agak  susah la kalau nak beli barang banyak2 kan...sementara tunggu hubby kami jamu mata dulu...syoknya tgk sayur segar2, buah strawberi merah2 jelita kau, jagung gemuk2..haa..macam2 lagi la..dok list nak borong semua ni..hehe..

Tup-tup hubby call bgtau parking memang xda. Dia tunggu tepi jalan besar yg di kawal oleh polis trafik. Memang tak boleh turun dari kereta la. Aduh, punah harapan ku..huhu.. Apa boleh buat Jane dengan pantasnya hanya sempat merembat jagung dan strawberi ja..nk usung2 banyak mcm mn sebelah dukung Amzar, sebelah lg bw jagung yg boleh tahan berat juga la..berlalulah dari pasar tani dgn perasaan hampa sikit..sikit ja pun.. 

Kami meneruskan perjalanan ke Bee Farm hanya beberapa minit dari pasar pagi tadi. Singgah sekejap ja..lepastu kami terus ke Sungai Palas Tea Plantation, jalan masuknya berhadapan dengan Bee Farm, jalannya agak berliku dan sempit. Tambahan pula ada kawasan yg tanah runtuh menyebabkan jalan menjadi sempit dan becak..agak berbahaya skit..kami teruskan juga..dari jalan lagi dah nampak keindahan ciptaan Allah swt..memang sangat cantik ladang teh ni..luas dan sejuk mata memadang..Subhanallah..Antara gambar di ladang teh..





Sesudah mengharungi jalan berliku kami pun sampai kat Platform Ladang Teh ni..seperti biasa orang berduyun macam pesta atas bukit gitu, singgah jap minum teh, cuba rasa tart strawberi...ok la not bad. Dalam 1 jam mcm tu beristirehat kat sana, sebelum bertolak balik tak lupa borong Boh teh yg macam2 perasa tu. Ambil gambar skit2..kami teruskan perjalanan, dok ligan nak keluar sebelum pukul 3 ptg, maklum la petang ja mesti hujan..dok pikir keselamatan sama..tu yang kalut nk keluar awal. 

Sesudah melawat ladang teh kami dok pikir nak pergi ke mana lg ye, mcm xda menarik dah. Amzar masuk je dlm kereta terus tido, penat gamaknya. Jane teringat ada 1 tempat lagi, Lavender Garden, Daerah Tringkap hajatnya nak singgahlah sekejap tapi memandangkan Amzar tido..terpaksalah ambil keputusan tak berhenti. Bukan apa, si hero tu kalau dikejut bangun memang akan buat perangai la..tido tak puas kan..so, persinggahan kami pun setakat ni je la..hampir pukul 2 petang kami pun bergerak pulang meninggalkan Cameron Highland.

Ni lah percutian pendek famili kami. Happy bercuti bersama keluarga walaupun singkat. Insya ALLAH, ada kesempatan boleh datang lg ke sini.

Wah, panjang benar entri kali ni..tengah rajin katakan...hehe..ok lah jumpa lagi..

Salam Sayang,
Jane






Thursday 6 November 2014

OMEGA GUARD TERBAIK!!

Salam,


Hari ni nak cerita tentang OMEGA GUARD TERBAIK untuk kesihatan anda..Omega yang kita ambil pun kena pilih juga..mesti nak cari yang berkualiti dan TERBAIK kan..


OMEGA GUARD SHAKLEE antara yang TERBAIK kalangan produk di pasaran..jom kenali Omega Shaklee..

OMEGA GUARD SHAKLEE


Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.
Omega Guard Shaklee ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian Omega Guard membekalkan 1000mg asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee 

1. Minyak Omega 3 diesktrak dari ikan laut dalam dan air sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies) 
2. Bukan dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.  
3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari      ketumpatan minyak hati ikan. 
4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-     satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3      semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. 
5. Dihasilkan melalui kaedah Ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini. Kaedah Utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. 


Apa fungsi DHA dan EPA dalam OMEGA 3?
Fungsi DHA
  • Mencegah asma
  • Mencegah sakit kulit
  • Hindari masalah migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Mencegah penyakit darah tinggi
  • Mencegah pembekuan darah
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan            




Perbezaan minyak ikan dipasaran




So, dengan info yang ada kita mesti tahu pilih minyak ikan terbaik untuk kesihatan kita kan..:)

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi ;

JANNAH
Sms/whatsapp: 013-4685025
Pengedar sah shaklee ID : 934645

COD : KEPALA BATAS, P.PINANG & PENGHANTARAN VIA POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday 5 November 2014

SPECIAL PROMO NOVEMBER : OMEGA GUARD


Assalamualaikum WBT

Salam November 2014...cepat je kan masa berlalu...pejam celik kita sudah pun berada diakhir tahun 2014..berbaki hanya 1 bulan lebih ja lagi..kehidupan seharian kena teruskan juga kan..

Ok lah..Jane taknak tulis panjang2 lah..terus ke tujuan asal la..
Tajuk entri pun promo november kan..so Jane nak bgtau promo bulan ni agak 'special'..

KENAPA SPECIAL?

Ofcos la bulan ni ada 2 promo special..iaitu..

Bulan ni PROMO OMEGA GUARD yang didatangkan dengan 2 promo istimewa untuk anda..

Anda2 semua  boleh dapatkan OMEGA GUARD dengan tawaran

BELI 6 PERCUMA 1 @ dalam bentuk

PEKBERKEMBAR lebih jimat sebanyak 5 %...

MENARIKKKK...KAN...

Jom kita tengok-tengok dulu macam mana rupa OMEGA ni...







Ha...begitulah rupa Omega Guard ni..Next entry saya cerita pasal kebaikan Omega ni..

Ok..bye.nak beradu dulu..selamat malam..:)...

Sapa-sapa yang berminat nak tahu info atau nak tempah boleh hubungi saya ok..

JANNAH
SMS/WHATSAPP (013-4685025 )

C.O.D : Kawasan Kepala Batas( P.pinang)
Penghantaran POSLAJU atau GDEX ke seluruh Malaysia